Sunday, February 6

Dia Balqis Haifa'


Balqis Haifa'....stand for ratu yang bertuah....dengan tuahnyalah aku dan suami diajar bagaimana mendidik dan menyediakan yang terbaik untuk sidia...dilahirkan pada 09 Oktober 2007, 27 ramadhan 1429 hijrah jam 0417 pagi di Mahsuri Medical Centre, Jitra...bayi perempuan seberat 3.02 KG...alangkah gembiranya rasa hati bukan kepalang tatkala melihat sinaran wajahnya....sang suami menghadiahkan sebuah ciuman dan tangisan tanda syukur atas kehadiran orang baru dalam hidup kami...jam 0700 aku tersedar dari keletihan melahirkan, terus buat panggilan kepada wan salmi, diha, n zaida..memberitakan aku telah menjadi Ibu...(harap mereka faham bahawa aku tidak boleh naugty2 lagi)...jam 1100 pagi, Dr. Anuar mengkhabarkan sesuatu...sesuatu yang merentap seluruh semangatku dan kegembiraanku di ketika itu...bayi kecilku, seorang kanak2 Down Sindrom....aku beria menafikan...tidakkkkkkkkkkk...tidak mungkin....Dr. mengarahkan aku merujuk Balqis ke Hospital Sultanah Bahiyah....Balqis dihantar kesana...suami terus terusan memberikan aku semangat, walaupun aku tahu dia juga kecewa seperti ku, tetapi demi menunjukkan betapa dia boleh menghadapinya dan mengharapkan aku juga begitu...tergarit senyuman di wajahnya...terima kasih Abang....kerana setia disisi dalam susah dan senang...2 malam aku menangis dan menangis...akhirnya malam ketiga aku bermimpi arwah Tok wan Bakar, datang bersama Mahmud (seorang down sindrom)...maha suci Allah menghadiahkan aku sebuah mimpi yang merubah pandangan dan fikiranku...Tok Wan tersenyum penuh makna..pahamlah aku...Arwah Tok Wan sangat menyayangi Mahmud...sering dinasihatkan kepada kami sewaktu kecik2 dahulu, bahawa Mahmud adalah seorang daripada ahli syurga...tidak dihitung amalannya...dia juga pemberi syafaat kepada kedua ibubapanya....esok, aku bangun dengan senyuman dan semangat baru..Arwah maktok datang melawat, juga membawa kata2 semangat...aku semakin teguh dan kuat... mak, ayah dan adik2 tidak kurang hebatnya dalam memberikan aku kekuatan yang tak terbatas...2 minggu Balqis di Wad..pulang ke rumah...ramai yg menzirahi...macam2 ayat singgah di telinga... ku sabarkan juga kerana aku tahu, allah menguji hamba2nya yang sabar....mereka tidak tahu tatkala mengucapkan kata2...'masa mengandung banyak makan fast food kot"..."ni penyakit keturunan ni"...." sian kat hang dapat anak macam ni"...."tulah mulut hang tu laser sangat"...aku terhiris bagai tak sudi menerima menerima lawatan sesiapapun....ku sabarkan jua....kerana ada yang datang melawat menghadiahkan aku pelukan, kata2 semangat ada yang tak sebut apa2 sebab takut aku terluka...panggilan telefon bertalu2 dari kawan2, memberi segala macam perkhabaran....satu ayat yang membuatkan aku kuat, walaupun mungkin agak kasar bunyinya..." alah, hang tu kalau 10 pun budak macam ni hang buleh bela punya, hang bukannya calang2 orang, sabar hang tu lain dari yang lain"...mungkin dia tidak tahu, tapi ayat itu pemangkin kepada kegalauan hati....terima kasih sahabat (takleh sebut kat sini sapa, satg ada yang syok sendiri)....hari berganti hari...balqis mengalami pelbagai komplikasi...beratnya turun dengan mendadak...2.6 KG sewaktu usianya 3 bulan....alternatif lain dicari, akhirnya...dia nakkan susu yang mahal rupanya..SIMILAC ADVANCE EYE Q....setin RM62..sebulan 4 tin...aku tak bekerja waktu itu..tapi allah bagi rezeki untuk kami juga...alhamdulillah Allah mempermudahkan...semakin dia membesar, semakin sihat...aku tidak pernah berputus asa...mendidik dan mengajar dia setiap perkara dengan sabar dan tekun...cuba memberikan yang terbaik untuknya..pejam celik pejam celik, kini dia dah berusia 4 tahun 4 bulan dh....dan boleh berjalan..dah boleh berdoa..dah boleh bersalam..dh boleh bersolat...dh boleh mengarahkan aku buat itu buat ini....dah pandai berlakon...berpidato...bercakap depan cermin...bak kata En Husben...ikut ibu dia...akan aku teruskan mendidik dia...terima kasih ya Allah atas kurniaan mu terhadapku...sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha adil ke atas setiap hambamu...semoga aku dan suami terus terusan dihadiahi kejayaan dan keberkatan hidup...
dedikasi ini juga untuk mak ayah, adik2...mak2 sedara..pak2 sedara....kawan2 yang prihatin....dan semua yang terlibat.....thanks a lot...semakin hari saya semakin kuat.....TQ ALLAH

4th anniversary





4 tahun berlalu,
bagai semalam kita bertemu,
dalam renyai hujan yang berkelabut,

sungguh tidak kusangka,
ianya menjadi titik mula kepada sebuah hubungan suci,
yang menjadi impian tiap dara dan teruna,
yang menjadi nostalgia indah sebuah cinta,

suami,
impian ini bukanlah angan2 semata,
ianya sebuah mimpi yang menjadi nyata,
sejak mula kita melayarinya,
segalanya bagai sebuah pelayaran yang bahagia

suami,
engkau satu tiada duanya,
dalam cinta penuh persona,
engkau menciptakan daku bahagia,
yang belom pernah aku rasa,

suami,
aku ini insan biasa,
penuh dengan salah dan dosa,
ampunkan daku sepenuh jiwa,
andai pernah mengguris rasa,

sama2lah kita menjaga,
ikatan suci yang kita bina,
menjaga amanah dan zuriat tercinta,
pengikat kasih sayang dan cinta

kerana kita pasangan istimewa,
dikurniakan zuriat lebih istimewa,
kita sama dan sejiwa,
mengharunginya dengan redha,

semoga kita kekal bersama
begini selama2nya....
salam sayang dari kejauhan...
dari isterimu yang jelita.....hehehehe