Friday, December 23

adik2ku yang lucu

tak tau pasaipa petang2 yg syahdu ni teringat kepada adik-adikku yang disayangi..apatah lagi bila aku selalu bercerita tentang mereka kepasa suami, biasalah bertukar-tukar cerita dengan suami tentang kehidupan sebelom kahwen n masa kecik2...

1st, aku teringat adik aku yg namanya Nurul Huda...masa kami kecik2 dulu, mak ayah bukannya orang senang..jadi nak beli milo sekotak pun sangatlah payahnya, kebetulan adikku yang kakngah ni suka meratah milo n mak mestilah tak bagi, almaklumlah benda mahal n semua adik-adik berebut nak minum milo...jadi adik aku yg namanya nurul huda ni pon kata...mak, besaq esok bila anyah (dia bahasakan diri dia anyah) dah kaya, anyah nak beli milo setin nak ratah...(kesiankan) nak tunggu kaya baru nak bleh beli milo....rasanya la ni dh berpuluh tin kot dia ratah....
satu lagi tentang anyah ni ialah, kalau dulu2 ayah paling suka belikan dia barang sebab dia pandai jaga...even selipar jepun pun kalau ayah belikan, dia akan bawak masuk dalam kelambu...takot org curi...bulan posa plak, biskut empat segi tengok atie makan pon dia simpan dalam lemari lauk, time bukak posa aku pi ambik suruh dia makan...buat muka alalala nak bebai...kalau pi mandi ayaq terjun bertuahnya dia nak mandi, takut...dengaq bunyi mesin pon takut..reyau...semua dia takut..mat gholip takut mesin cukuq rambut tu menurun mama dia la sapa lagi...hahaha

2ndly adikku yg namanya Ammar...masa darjah satu adalah satu sessi orientasi budak darjah satu...aku kakak yg sulung kenalah temankan adik aku ni masuk darjah satu almaklumlah kaklong n aku pun masa tu dh darjah 4, kira senior lah masa tu...masuk ja kelas, muka dia dh sebek semacam..maklumlah anak manja mak...dok dalam kelas reyau n aku yg dok kat luaq jadik gabra...dia reyau punya kuat, nak balik kat mak...nak balik kat mak...tak mau mai skolah...siap depan papan hitam tu reyau jungkit2 kaki....cikgu yg paling garang (teacher zabedah) pun dia tak heran punya nak balik kat mak takmo pi skolah...sampai la ni, takleh pi kemana, nak dok kat mak ja...merap dari dulu sampai la....lani, merap nak kawen plak, sejak2 dh keja tetap ni....

3rd story tentang adikku yg namanya fakhry...masa dia darjah 4 rasanya, masa tu pi sekolah pakai lebai,..kalau tak dak lebai takmau pi skolah...punyalah alimnya dia masa tu, kalau kat rumah plak berebut nak azan kat surau poli..gang ngan pian...masa nak masuk skolah darjah 5 dia request nak bag tarik ( bag yg percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan)...reyau bulih2 nak bag tarik..jadi ayahku pun dengan susah payahnya belikan dia bag tarik...pi skolah start new session dengan bangga dapat bawak bag tarik...yalah budak2 bila hajat tercapai sure dia bnagga....satu lagi adikku yg sorang ni punyalah bagusnya bab2 menjaga kebersihan kereta ayahku...Fiat putih...kami ke pedu lake, dia nak termuntah sebab termakan ikan keli, tapi demi untuk takmau mrngotorkan kereta ayah, dia buat teknik kapit mulut agar tak termuntah atas kereta ayah....sampai lani teknik kapit tu masih terngiang2 di ingatan aku.....alhamdulillah fakhry pon dh dapat keja kat TNB...

Yg keempat tentang adikku yg bernama Nurshifa'...adik aku yg paling rileks n slumber je...boleh buat apa saja...otak bijak tapi bab2 berhias memang dia out mandi pon aout jugak...kihkihkih (serupa macam aku ja)....masa kecik2 dulu dia suka panjat almari, nak jadi cerita masa Abah dia tengah solat, dia panjat almari solek....gedebuk jatuh..tak ka tergugat solat si abah tengok anak guling2 sakit jatuh lemari solek....adik aku yang shifa ni lain dari yang lain, remaja mcm dia sibuk dok berbofren sana sini tapi dia tak nak langsung yang dia berangan nak dekat si baddrol bakhtiar tu, ada ka patut suruh mak aku doa pertemukan jodoh dia ngan baddrol bakhtiar...iash2, pening ngan kak shipak ni...

yg kelima tentang adiikku siti zakirah, bijak jugak adik aku yg sorang ni walaupun banyak gajah dlm bilik dia bela.....masa kecik2 dulu dia ni memang manja gila kot...aku ni tukang pi ambik dia skolah, asai pi ambik ja mesti menangis, lambat 5 minit pun nangis...kalau awai renyeh sampai telinga...so ayah mesti tanya aku, harini hujan dak??? selalunya kalau tak hujan pun mendung la....hujan tu maknanya dh nangis, mendung tu maknanya baru nak nangis n kalau cerah tu maknanya happy...masa dia kecik2 dulu pi tuisyen pun mak kena temankan, mak kena dok sebelah dia dengan mak2 sekali pi tuisen patutlah mak pandai bahasa inggeris...sebab selalu kena teman keah pi tuisyen ngan makcik limah...masa tu dia suka kat sorang budak nama dia Sh_ _ _ _.....darjah 6 pun ada Bf....huh....alhamdulillah lani keah dah dapat jadik pelatih kat kolej kejururawatan seremban, dengar2 kata sangkut ngan org jauh...Bf darjah 6 dia tu pi tauk mana tak taulah...hahaha

apa-apapun adik2ku kian membesar dan dewasa...telah menjadi manusia dan remaja...telah tahu mana yang baik mana yang tidak...mudah2an anda semua dikurniakan kehidupan terbaik dan pengakhiran yang baik dalam kehidupan sebelum dan selepas mati...as kaklong, aku mendoakan yang baik2 saja untuk adik2...dan semoga kenangan2 lama kita menjadi tali pengikat ukhuwah yang erat sesama kita....untuk adikk2 yg lelaki, anda adalah wali kepada keluarga, jadilah manusia yang berguna dan berjasa kepada ayah bonda...untuk adikku yang meningkat remaja, kakak shifa' n keah...pandai2lah membawa diri, menjadi remaja hanya sekali..remaja bukan masa untuk enjoy sebaliknya untuk kita memulakan langkah menjadi manusia berguna untuk bangsa, agama dan negara....kalau mencari pasangan carilah yang dapat membimbing kita kepada kehidupan yang lebih baik..CINTA bukanlah segala-galanya....untuk kakngah, apa nak dikata selamat berbahagia n murah rezeki, bahagia selalu...
tempat jatuh lagi dikenang inikan lagi tempat bermain adik beradik.....zaman kecik...zaman yang terindah...kaklong, kakngah, amat n atie (wah nama manja gitu) auw

Thursday, March 10

ku kenal dia

11 mac 2004...setelah berhantar sms, short call akhirnya malam itu kami dipertemukan, pertemuan yang tidak pernah disangkakan...tak tahu nak cakap apa, kelu lidah untuk berkata2 bila berhadapan dengan jejaka yang selama ini telah membuai hari2 ku...cuba berkenal kenalan..cuba saling memahami antara satu sama lain...dan akhirnya kami serasi...tempoh bercinta memangnya indah...sikap penyayang en husben membuatkan aku tertawan...tapi masa tu baru berkenalan, kalau tanya pasal kawen, en husben cakap 'ish tak nak pikiaq lagi, maybe 10 tahun lagi' terdiam aku, bolehka aku bercinta sampai 10 tahun...en husben banyak tanggungjawab...so aku memahami...tapi tak disangka tak sampai 2 tahun kami bercinta, dia dah masuk meminang n tahun tersebut juga terus kawen...semuanya pantas berlalu...dan aku percaya, seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya akan juga bertanggungjawab terhadap isteri dan anak2nya..telahan ku benar belaka..alhamdulillah Allah kurniakan dia untukku...terima kasih kerana telah berkorban cita2 besar untuk menjadi seorang Navy semata2 untuk ku, terima kasih kerana sentiasa menyayangi diriku dan keluargaku dengan sepenuh hati...insyaallah aku akan cuba menjadi isteri dan Ibu yang terbaik untuk anak2...semoga kita tabah dan sabar mengharungi kehidupan berumahtangga, tabah dan sabar membesarkan Balqis dan Waiz...semoga Balqis dapat hidup berdikari ..semoga Waiz akan jadi Ustaz seperti yang kita cita2kan...7 tahun mengenali, kini aku tahu suami aku ini siapa....with love to you abang...sesungguhnya perjalanan ini masih jauh, masih memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan abang....kita telah ditakdirkan dan dijodohkan untuk bersama, semoga ianya kekal hingga akhirat...selamat berkenalan Ajak...selamat berkenalan Abang...I LOVE U..

Sunday, February 6

Dia Balqis Haifa'


Balqis Haifa'....stand for ratu yang bertuah....dengan tuahnyalah aku dan suami diajar bagaimana mendidik dan menyediakan yang terbaik untuk sidia...dilahirkan pada 09 Oktober 2007, 27 ramadhan 1429 hijrah jam 0417 pagi di Mahsuri Medical Centre, Jitra...bayi perempuan seberat 3.02 KG...alangkah gembiranya rasa hati bukan kepalang tatkala melihat sinaran wajahnya....sang suami menghadiahkan sebuah ciuman dan tangisan tanda syukur atas kehadiran orang baru dalam hidup kami...jam 0700 aku tersedar dari keletihan melahirkan, terus buat panggilan kepada wan salmi, diha, n zaida..memberitakan aku telah menjadi Ibu...(harap mereka faham bahawa aku tidak boleh naugty2 lagi)...jam 1100 pagi, Dr. Anuar mengkhabarkan sesuatu...sesuatu yang merentap seluruh semangatku dan kegembiraanku di ketika itu...bayi kecilku, seorang kanak2 Down Sindrom....aku beria menafikan...tidakkkkkkkkkkk...tidak mungkin....Dr. mengarahkan aku merujuk Balqis ke Hospital Sultanah Bahiyah....Balqis dihantar kesana...suami terus terusan memberikan aku semangat, walaupun aku tahu dia juga kecewa seperti ku, tetapi demi menunjukkan betapa dia boleh menghadapinya dan mengharapkan aku juga begitu...tergarit senyuman di wajahnya...terima kasih Abang....kerana setia disisi dalam susah dan senang...2 malam aku menangis dan menangis...akhirnya malam ketiga aku bermimpi arwah Tok wan Bakar, datang bersama Mahmud (seorang down sindrom)...maha suci Allah menghadiahkan aku sebuah mimpi yang merubah pandangan dan fikiranku...Tok Wan tersenyum penuh makna..pahamlah aku...Arwah Tok Wan sangat menyayangi Mahmud...sering dinasihatkan kepada kami sewaktu kecik2 dahulu, bahawa Mahmud adalah seorang daripada ahli syurga...tidak dihitung amalannya...dia juga pemberi syafaat kepada kedua ibubapanya....esok, aku bangun dengan senyuman dan semangat baru..Arwah maktok datang melawat, juga membawa kata2 semangat...aku semakin teguh dan kuat... mak, ayah dan adik2 tidak kurang hebatnya dalam memberikan aku kekuatan yang tak terbatas...2 minggu Balqis di Wad..pulang ke rumah...ramai yg menzirahi...macam2 ayat singgah di telinga... ku sabarkan juga kerana aku tahu, allah menguji hamba2nya yang sabar....mereka tidak tahu tatkala mengucapkan kata2...'masa mengandung banyak makan fast food kot"..."ni penyakit keturunan ni"...." sian kat hang dapat anak macam ni"...."tulah mulut hang tu laser sangat"...aku terhiris bagai tak sudi menerima menerima lawatan sesiapapun....ku sabarkan jua....kerana ada yang datang melawat menghadiahkan aku pelukan, kata2 semangat ada yang tak sebut apa2 sebab takut aku terluka...panggilan telefon bertalu2 dari kawan2, memberi segala macam perkhabaran....satu ayat yang membuatkan aku kuat, walaupun mungkin agak kasar bunyinya..." alah, hang tu kalau 10 pun budak macam ni hang buleh bela punya, hang bukannya calang2 orang, sabar hang tu lain dari yang lain"...mungkin dia tidak tahu, tapi ayat itu pemangkin kepada kegalauan hati....terima kasih sahabat (takleh sebut kat sini sapa, satg ada yang syok sendiri)....hari berganti hari...balqis mengalami pelbagai komplikasi...beratnya turun dengan mendadak...2.6 KG sewaktu usianya 3 bulan....alternatif lain dicari, akhirnya...dia nakkan susu yang mahal rupanya..SIMILAC ADVANCE EYE Q....setin RM62..sebulan 4 tin...aku tak bekerja waktu itu..tapi allah bagi rezeki untuk kami juga...alhamdulillah Allah mempermudahkan...semakin dia membesar, semakin sihat...aku tidak pernah berputus asa...mendidik dan mengajar dia setiap perkara dengan sabar dan tekun...cuba memberikan yang terbaik untuknya..pejam celik pejam celik, kini dia dah berusia 4 tahun 4 bulan dh....dan boleh berjalan..dah boleh berdoa..dah boleh bersalam..dh boleh bersolat...dh boleh mengarahkan aku buat itu buat ini....dah pandai berlakon...berpidato...bercakap depan cermin...bak kata En Husben...ikut ibu dia...akan aku teruskan mendidik dia...terima kasih ya Allah atas kurniaan mu terhadapku...sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha adil ke atas setiap hambamu...semoga aku dan suami terus terusan dihadiahi kejayaan dan keberkatan hidup...
dedikasi ini juga untuk mak ayah, adik2...mak2 sedara..pak2 sedara....kawan2 yang prihatin....dan semua yang terlibat.....thanks a lot...semakin hari saya semakin kuat.....TQ ALLAH

4th anniversary





4 tahun berlalu,
bagai semalam kita bertemu,
dalam renyai hujan yang berkelabut,

sungguh tidak kusangka,
ianya menjadi titik mula kepada sebuah hubungan suci,
yang menjadi impian tiap dara dan teruna,
yang menjadi nostalgia indah sebuah cinta,

suami,
impian ini bukanlah angan2 semata,
ianya sebuah mimpi yang menjadi nyata,
sejak mula kita melayarinya,
segalanya bagai sebuah pelayaran yang bahagia

suami,
engkau satu tiada duanya,
dalam cinta penuh persona,
engkau menciptakan daku bahagia,
yang belom pernah aku rasa,

suami,
aku ini insan biasa,
penuh dengan salah dan dosa,
ampunkan daku sepenuh jiwa,
andai pernah mengguris rasa,

sama2lah kita menjaga,
ikatan suci yang kita bina,
menjaga amanah dan zuriat tercinta,
pengikat kasih sayang dan cinta

kerana kita pasangan istimewa,
dikurniakan zuriat lebih istimewa,
kita sama dan sejiwa,
mengharunginya dengan redha,

semoga kita kekal bersama
begini selama2nya....
salam sayang dari kejauhan...
dari isterimu yang jelita.....hehehehe