Wednesday, February 29

home-wrecker

kaunselor rumahtangga.....

apabila salah seorang kawan PM aku n cerita tentang masalah yang dihadapinya...sangat2 lah terkejut bukan kepalang kerana dia adalah antara gadis2 terbaik untuk dijadikan calon isteri pada zaman kegemilangan kami dulu....suami beliau pun kawan aku juga, n memang tak sangka lah yang mereka akan bernikah pada akhirnya kerana isterinya ini banyak peminat bukan kepalang...sampai ada classmate aku yg berikrar tak akan kahwin kalau bukan dengan beliau....tapi betul dak tu sampai la tak kawen lagi...hehehe...
malangnya, orang yang dipilih oleh kawan aku ni  (letak nama dia minah bukan nama sebenar) mungkin salah...tapi nk buat cmn istikharah cinta menyatukan mereka..ketentuan jodoh itu hanya Allah yang tahu rahsianya...tak sangka, suami beliau (letak nama Pie bukan nama sebenar jugak) akan berlaku curang n also nk ceraikan dia sebab ada perempuan lain....so bila Minah minta advice dari aku agak kelam kabut jugaklah sebab aku pun agak takut dengan isu ni, kalau kena diri sendiri tak tau lah macamana nk hadapi.....cuma aku syorkan dia berbincang dengan perempuan tu (kita letak nama dia Julie mengong, hehehe)... dia cakap dia dh bincang tapi Julie mengong cakap dia terlalu cintakan Pie...yang si Minah ni pun sangat2 sayangkan Pie...so aku cakap, kalau bersedia untuk berpoligami silakan...ianya Halal dan menidakkan perkara yang tak elok...bukanlah menyokong poligami cuma kalau itu yang terbaik dan mencapai penyelesaian apa salahnya... (cakap memang senang) kalau jadi kat aku maunya aku lari lama dah....also cakap dgn en husben, kalau abang nk kawen lain Ayang bg jer tapi kena  kasih hakikat, separuh hati tiada lagi untukmu....chewah...berbalik kepada Julie Mengong tadi, beliau takmo bermadu...OMG...ada gak wanita berhati batu cmni...kesian Minah..nak ja aku advice dia suruh pi kawen ja ngan classmate aku hat dok tunggu dia tu (jahat Rabiatul adawiyah ni) sangat geram bila dh dapat tak tahu nk hargai....kesimpulannya, bagaimana pon kita apap pun kita siapa pun kita....Allah uji setakat apa yang kita mampu..untuk minah tersayang jangan susah hati...ada jalan keluar yang terbaik, aku tau Minah sayang anak2 yang 3 org tu sebab tu Minah buat keputusan untuk tunggu Pie....semoga Allah bukakan jalan penyelesaian untuk kalian.....Jodoh itu rahsia Allah yang tiada tertakrifkan....

No comments:

Post a Comment